Monday, November 9, 2009

Menu d petang hari

Salam semua,

Kelmarin aku dan anak~anak ku lepak dekat rumah mertua ku.......saja untuk menghiburkan anak~anak ku yang asyik kebosanan......................

Sebenarnya tak ada apa~apa pun yang nak ku buat.....aku cuma menonton tv dan bergurau bersama-sama anakku..............Kebetulan pula anak buah ku ada sama......ketawa melihat tingkah lakunya yang amat mencuit hati......... Sebelah petang.....aku nampak buah tebadak yg sudah masak....apalagi, timbullah idea ku untuk menyucur buah tersebut..... Hasilnya....sedap...dah lama tak makan buah ni.....

Ini dia "buah tebadak" kalau kat lain tak tau pula dipanggil apa.....mungkin sama....
Pandangan dari sisi

Pandangan dari atas.............

Ni lah hasilnya : cucur tebadak....hemmm, sedapnya..... apalagi masih panas2....
Hah, tu lah yang nak dikongsikan.....

Senyum dan ceria selalu.

Saturday, November 7, 2009

Tempahan hari ni.......

Salam semua,

Tak banyak yang nak aku buat kat sini.....cuma nak share sikit apa yang aku masak utk tempahan petang ni tadi....... Tempahan utk 50 orang....... Menunya pun simple je : Mee goreng, Popia dan sandwich or macam kata Hanan Sangwich......

Ni lah masakan ku tuk hari ni......... harap2 orang menempah ni..berpuas hati lah....sbb semua anakku cakap sedop..... [ angkat bakul masuk sendiri ]


Malam ni mungkin aku tak masak.....aku akan panazkan sja lauk2 yang ada tadi...ni kes....malas lah......
Rasanya macam nak keluar pulak....window shopping tp nanti aku juga yang kena.....maklumlah anak~anak ku kalau di bawa berjalan....hemmmm...... [ faham2 lah ]............... kalau mcam tu baik aku

Dah abis dah......

Selamat malam...

Senyum dan ceria selalu,

Thursday, November 5, 2009

Pokok Rambutan dan Pokok.........

Salam semua,

Hari ni aku nak cerita mengenai dengan pokok rambutan yang ada kat rumah aku....Sebenarnya dah lama dah kami tanam pokok rambutan ni dan ini merupakan musim ke tiga pokok ini mengeluarkan buahnya......Alhamdullillah, tahun ni...merasa juga kami buahnya....apa tak nya beberapa 2 tahun lepas hanya monyet2 yang makan....sedikit pun tak tinggalkan untuk kita kat rumah........ hemmm, rasa nak ketuk2 monyet2 tu....... Tp tahun ini, merasalah kami buah rambutan dari pokok rambutan kami sendiri...... Hemm, sekarang hanya ni je yang tinggal, sbb kalau kami nampak buah2 nya yang merah tu...ambil je terus dan terus makan........

Ni lah dia pokok rambutan the only one yang mengeluarkan buahnya...................


Buah rambutannya..................

Hah, yang ni...pokok apa pula? ada sapa tau?.....Tu lah daunyya...pokok ni tak mengeluarkan buah .............. ia lebat ngan daun...

Dulu, aku pernah tanya ngan my jobmate yang tahu tentang pokok2? so aku tanya dia, ada tak pokok tuk menghalang anai dari masuk kat lam rumah ke ? kat tanaman kita ke? dia jawab ada....so aku ada juga tanya...nanti pokok tu boleh besar ke tak? ....kawan aku ni jawab ngan konfiden sekali tak lah...setakat pinggang kita jer.....aku apa lagi tanamlah dekat tepi rumah aku tu...... sekarang korang tenguk lah...betapa besarnya pokok ni.....Hisshhhh...nak tebang sayang...sbb betul juga kata kawan tu...sehingga masa ni anai tak datang pun...Alhamdullillah....
Dah lah besar...tinggi lagi sehingga nak dekat atap rumah ku......

Tp apa yang aku pasti, daunnya boleh di jadikan ubat..... Banyak dah bangla yang minta daunnya kata mereka , " bagus untuk badan, makan atau minum..." tp aku belum pernah cuba...sbb rasa daunnya pahit......


Tenguklah batangnya.....hemmm boleh di pelukkan...... So, sapa-sapa yg tau nama bagi pokok ni, bagi tau aku lah......Thx u.....
Tu je lah utk hari ni....ada juga nak difikir kan...bila tenguk umah aku ni ......hehehehe

Senyum dan ceria selalu,


Monday, November 2, 2009

Perkahwinan dan menuku....

Salam semua,

Hari ni nak buat cerita pasal hari kelmarin. Hermm, salah seorang dari teman ku kat sekolah, telah mengakhiri zaman bujangnya...... Kpd Cikgu Rokiah binti Mohaimin, "Selamat Pengantin Baru"....


Antara jemputan yang hadir :hehehe anak-anak ku....
Aku ngan Cg Hjh Salmah
hah, ni pula makanan yang terhidang....... Nasi putih. sayur nansa [ masak kari ] , ayam bertepung dan daging masak hitam.....
Majlis tersebut selesai pada jam 2.30 tengah hari... Balik ke rumah, rehat dulu...

Sebelah malam, aku masakkan untuk anak-anakku "Butter Prawn"...dan kuih yg baru-baru ni aku belajar Quiche....


Hah, tu je untuk hari ni.......

Salam dan senyum selalu,

Thursday, October 29, 2009

CeRiT@ Ku.....

Salam semua,

Tak tau kenapa lah aku malas sangat nak buat n3 kat sini ni...mungkin sibuk dengan FB kot..... orang sekarang ni dah maju ke depan..... tak kira tua, muda malah kanak2 sekalipun tentu mempunyai FB.....aku heran macamana FB boleh mempengaruhi kita [ hemm termasuk akulah ] hahaha.....

Rasanya sekarang blog ini macam tak de orang....dan kemungkinan kawan-kawan kat blog ini pun dah kunjungi aku..... tapi tak pe lah....aku isi saja blog ini untuk tatapan para pengunjung yang suka datang kat blog aku walaupun tak tinggalkan jejak....senyap2 saja.......

Hemmm, aku cuma nak story sal makanan-makanan yang aku ambil gambarnya......... Ada di antaranya yang aku masak dan ada juga yang aku ambik kat restaurant....... Silalah menjamu selera......oooppppmata......

Ini salah satu dari masakan ku :

Ayam masak black pepper..

Ini pula daging masak goreng.......
Ini pula mee goreng,yang aku gunakan daging dengan sayur sawi......
Ini makanan yang aku makan kat restauran.....

Ayam goreng tepung rangup dan isi ikan dijadikan macam ubi.....

Ini pula popia, roti inti sauage dan roti [ ntah apa intinya ], aku tak tau sebab aku tak makan.....

Yang ni, sandwich yg anak aku Hanan panggil sangwich......
Yang ni nasi goreng kampung dan mee goreng.....
Yang ni salah satu dim sum yang aku makan....... "chu mai" hishhh betul ke ni?
Hah, itu lah yang nak aku kongsi utk hari nie.....

Senyum dan ceria selalu,


Monday, October 26, 2009

F@rewell G@thering @t Amigo's

Salam semua,

Hari Sabtu lepas, 24 Oktober 2009 sebelah petang, warga sekolah mengadakan majlis perpisahan kepada 2 orang guru yang bersara dan 1 orang guru yang bertukar tempat kerja.... So di bawah ni, ada beberapa gambar yang sempat aku ambik dan ku persembahkan untuk pengunjung blog ku ni....

Hemm, tu lah saja...... hishhh.....

Senyum dan ceria selalu,

Saturday, October 24, 2009

Menu pagi dan aktiviti bersama...

Salam semua,

Hari nie aku nak buat n3 sal aktiviti hari kelmarin..... Sebelum tu nak cerita tentang breakfast semasa waktu kelmarin.... Hubby ku rajin memasak, so dia sediakan makanan istemewa nya " murtabak kosong dan telur".......

Oh ya...Hanan dah lama nak bawa aku ke Damuan iaitu tempat permainan yang ia suka....So, memandangkan aku bosan kerana terlalu lama di rumah.....Jadi aku bawalah dia.... Hem, renungkan lah gambar kat bawah......

"Kawasan Persiaran Damuan ".... taman rekreasi untuk bermain dan berehat....

Inilah dia permainan yang Hanan suka tu.....
Tu lah yang nak aku share hari nie.........

Senyum dan ceria selalu,

Wednesday, October 21, 2009

Pudding Oreo dan Ay@m H@li@

Salam semua,

Hurmm, nak cerita pasal apa ye?...oh ye..semalam anak ku Liyana dan Hayani rajin...Mereka berdua membuat Pudding Oreo..... gambar yang aku ambil ni pun lucu sbb hanya separuh sja yg tinggal separuh lg dah masuk ke perut anak2 n hubby ku....

Pagi ni, aku menyediakan masakan untuk tempahan bagi 2 buah tempat. Yang satu 48 kontaner dan yang satu lagi 34 kontaner. Menunya : ayam masak halia, sayur campur, sambal dan telur.
Tp aku cuma pamerkan gambar ayam masak halia.....

Ni ayam yg aku goreng dulu, sbb semalam dah aku perap..... baru ada rasa....

Setelah siap di goreng d masak semula ngan halia dan baby corn...... ini lah hasilnya..
Hah, tu lah..... je ye.... yang nak aku share.... kalau nak buat, cubalah... jgn malu2...

Senyum dan ceria selalu,

Tuesday, October 20, 2009

Sambutan Hari R@Y@ dan Open Hou$e.......

Salam semua,

Beberapa hari yang lalu sek. kami mengadakan majlis sambutan hari raya utk murid dan gurunya sekali lah..... So nikmatilah gambar-gambar kat bawah ni....
me n lela
aku, Cg Hjh Noorlah, duduk : Cg Hjh Shimah, Ummi Rosma , Cg Hjh Norsam, Cg Hjh Noralam dan tak asing lagi Zwen, Cg Hjh Raziah
Mrs Raewyn Brouke with her pupils
Hayani n Liyana [ anak aku ]
Gambar kami ngan Cg Siti Wardina.....
Menu nya :Hemmm, sedap2 kan...memang sedap.... tp aku hanya makan sotong goreng dan sambal pusu....
Alhamdulillah....... balik dari sekolah...kenyang......

Sebelah petang, memandangkan masa aku banyak so aku membawa diriku menonton VCD... aku tertarik ngan tajuk cerita tersebut n aku ni memang suka story yg mcam tu....Sebelah malam, aku mendapat jemputan dari kawanku..."Open House" tp dia buat kat rumah kakak dia......so di bawah beberapa gambar yang aku ambil kat Open House tu....

Makanan yang ku makan.... ikan kari, sayur daun ubi. sambal belacan

me and hubby...
Hayani......Kakak Liyana menikmati makanannya.....

Hayani, me and my dearest n close friend......Cikgu Rusni.....
Hah, ni dia buah tangan yang aku dapat......."Durian".....
Ha...ni lah dia isi durian tersebut...sungguh menyelerakan....Hemmm, tu lah utk kali ni ye......

Senyum dan ceria selalu,

Saturday, October 17, 2009

Hadiah dan Jalan2 cari idea....

Salam semua,

Sepatutnya hari nie aku buat n3 pasal sambutan hari raya kat sekolah...tp tak pe...lupakan sebentar...nak buat n3 lain pulak......

Oh ya b4 carry on with this n3, aku nak ucap thx a lot to my friend Iza d bintang bcause kirimannya telah diterima. Walaupun lambat, tp UR dah maklum pada aku sebelumnya... aku sungguh teruja, ini bermakna Iza ngat kat aku...... So, tak salah jika aku share apa yang aku dapat dari Iza....
First, aku dapat tee shirt ni...hemmm kaler dia merah..... memang menarik.....

Second, magnet yg d lekatkan kat luar peti ais....this one l like it very much...coz....aku banyak benda-benda macam ni..... sometime when my cousins or n law pegi ke mana2 4 sure l asked them tuk belikan yang ni...apa pa pun makasih sekali lg ye.....

Hurm, nak buat n3 sal hari kelmarin lak..... actually hubby cuma nak repair aircon kereta.... tp hubby takut juga kalau repair tu berterusan beberapa jam, so he asked me pick up him then we went to the mall. L only bring my Hanan n Zawanah, so l called my daughter Liyana to inform her that kami k mall, and we wait 4 them there......
So, we all have a lot of fun there........ aku hanya sempat ambil beberapa keping gambar.....

Sebetulnya aku lupa gambar apa yang kami makan kat sini.... ni gambar lepas makan....gambar aku n yg bwah tu anak aku Liyana.......

Yang ni pula tempat permainan "Kids Fun Land"...... lepas makan Hanan, Wanah n Yani masuk lah kat sini....main2....

Setelah itu, turun kat first floor, sini kami hanya duduk sambil memerhati orang2 yg lalu lalang..... aku rasa seronok...sbb rasa macam lepaskan tension...... banyak orang banyak ragam yang kita nampak..... tp sayang aku lupa nak ambil gambar asyik perati je......hehehe....

Oh ya, balik ke rumah, sempat lagi sambung melihat cerita "GW season 5" tp gambar kat bawah
ni season 4......jgn heran pula.... Sebelah malam, memikirkan apa yang ingin anak ku makan. So aku tanya mereka terutama anak ku yg lelaki sebab dia ni suka ayam jer...... Dia suruh aku masak kari...... n aku jumpa beberapa ekor udang besar kat peti ais, so aku belah, bagi sos barbeque.....aku panggang atas api...... aku ada gambar tp sayang, tak berapa nampak...hangus mungkin.....hahahaha

Yang ni gambar udang yang aku perap.....selama beberapa minit....[ kira nak cepat le tu ]

hasilnya tak de gambar.......

Hah, aku rasa tu je lah buat n3 kali ni. Mungkin kalau aku ada masa aku akan buat n3 sal SHR pula.....

Salam dan ceria selalu,

Wednesday, October 14, 2009

Keindahan Alam.........

Salam semua,

Minggu lepas, aku terlalu sibuk ngan murid yang menghadapi peperiksaan PSR.... aku telah diarahkan oleh pihak jabatan untuk menjaga murid yg menghadapi peperiksaan tersebut d sekolah yang lain...... Perjalanan dari sekolah ku k sekolah tersebut memakan masa lam 5 - 15 minit.... Hemmmm...sepanjang perjalanan k sana, aku teruja melihat pemandangan yg jarang aku lihat..... cantik...menenangkan hati dan perasaan.... sehingga aku berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar tersebut........

Nilah pemandangan yg bagi mata ku sangat mendamaikan......

Hari Selasa [ kelmarin], teman sekerja ku meminta masak kan mee goreng untuk makanan 45 orang..... Jadi aku buatkan mee halus dan mee kasar ...... Inilah je gambarnya...........Alhamdulillah.......

Ha, tu lah saja yang aku dapat kongsikan ngan kamu semua.....

Senyum dan ceria selalu,

Monday, October 12, 2009

Masakan simple ku....

Salam semua,

Nak cerita makanan yang ku masak beberapa malam yang lalu....... Sebab hubby aku dah bosan makan ayam dan daging....huhuhuhu..... [ aku masak dalam masa 1 jam.... sbb hubby dah lapar ]

Udang masak sambal.....


Sayur timun masak air + lada padi
Ikan bakar dgn bhn : kunyit, bwg putih, halia, lengkuas dan santan.... perap sekejap....dan bakar..

Yang ni resepi terbaru aku, tp sebenarnya kat sini amat digemari...."ayam penyet".... tp yg nie versi aku.....[ resepinya aku dapat dari nternet, thx pd sapa2 punya resepi]

Yang ni makanan aku masak beberapa malam yang lalu, lagi simple...


Ikan masin + limau kesturi + lada cili padi
ayam masak kicap.....
sayur campur + tepung jagung...
Hemm, nilah makanan yang simple aku masak.....

Sapa2 nak mencuba....silalah....

Senyum dan ceria selalu.....

Salam semua,

Dah lama aku tak up date blog aku ni.....Aku sibuk sepanjang 2 /3 minggu ni...... Hari ini rasanya, banyak cerita yang ingin aku kongsikan tp aku tak tau sanggup kah aku ni atau tak tp aku akan cuba ....

Yep...mana2 blog yg aku kunjungi masih mengatakan tentang Open House..... sama lah seperti aku. N3 x ni nak cerita tentang OH yg aku buat utk cousinssss............. OH aku buat pada hari Ahad 27/09/2009.... Alhamdullillah semua yang dimsg, ada datang..... Kat bawah ada aku paparkan beberapa gambar.....Hurmm, ko orang tengoklah sendiri ye.....
hah, tu lah OH yang aku adakan dan majlis yang aku hadiri.......

Senyum dan ceria selalu,

Friday, October 2, 2009

Dari dapurku dan jalan2 cari idea.....

Salam semua,

Aku tau sekarang masih bulan Syawal.....bulan utk kita berhari raya...... tp hari nie aku nak crt apa yg aku buat..... Oh ya...hari nie aku dapat tempahan utk katering..... So dari pagi, aku memasak. Menu hari nie : Ayam masak kicap, sayur umbut dan Ikan masak asam pedas..... Alhamdullillah aku dapat menyiapkannya dgn pertolongan hubby aku tu... [ mkasih ye, luv u].....

So, hari ni...aku rasa nak ikut pula ke tempat org yg menempah katering kami.....Setelah selesai, aku dan 2 org anak ku pun terus singgah ke Giant.... Kami ke mari sekadar utk cuci2 mata....hahaha [ basah lah mata tu].. sebenarnya kami sekadar jalan~jalan...... oleh kerana, anak ku mengadu lapar apalagi...acara seterusnya.... makan..... Ni lah gambar yang aku ambil sementara menunggu makanan... Oh ya satu lagi, sewaktu di sana juga, ada pertandingan makan banana split bagi kanak2....seronok tenguk mrk makan......
Ni dia.... peserta yg akan memakan banana split.....
ni anak aku tengah tunggu makanannya....
Minuman kami : milo ais / nescafe tarik dan root beer
Makanan Amir " Kolo Mee"

Makanan untuk aku " Fried Mee with sea food".... komen aku...sedap cuma ikan yang diberi tak masak....huhuhu...
Makanan kegemaran anak aku "Butter Prawn"...
Hah, dia pun nak tumpang cuba Banana Split.... " yummmy....."
Banana Split dari sisi. Harganya $3.50 [ promosi ]
pandangan dari atas....
Senyum dan ceria selalu,


Tuesday, September 29, 2009

Hari Raya Mood --- 2009

Salam semua,

Hari ni pula aku nak cerita mengenai Syawal....... " Bulan yang sentiasa ditunggu"....Kenapa ya....mungkin di bulan ini kita dapat berkumpul beramai-ramai....... atau dibulan ini dapat merapat kan perhubungan sesama kita......

Sprti biasa, Setiap hari raya pertama, aku ngan keluarga akan merayakan di rumah Ibu Mertua ku....... Kami akan berada di sana sehari....... gambarnya dah aku upload pd n3 yg lalu....

Hari Raya Kedua, hubby dan aku serta anak~anakku bersama dengan adik/kakak ipar ku beraya ke rumah saudara mara sebelah hubby ku.......
Inilah budak kegemaran yg kami kunjungi sewaktu hari raya...... kat rumah dia..
Anak~anak ku dengann sepupu mereka.
Hari Raya ketiga, aku ngan hubby bekerja semula......Sebelah petang aku berkunjung ke rumah teman sekolah. Menunya amat menyelerakan...."Satay" ....panaz~panaz.... hemmm sedap... juga soto ayam ...Kpd Cg Norlah, makasih atas jemputannya.... [ oooppp lupa nak ambil gambar ]...

Hari Raya keempat, aku serta keluarga cuma berhari raya kat rumah teman ku saja... Menunya: Nasi putih, daging , ikan dan ayam serta sayur... Dan menu sampingannya, Soto juga...... Kpd Cg Rozi...thx u. Next year jemputlah lagi.....
Hari Raya kelima, aku ngan keluarga beraya ke rumah cousin my hubby side. Kami disana dari pukul 2.30 ptg sehingga 5.30 petang.....biasalah kalau beraya rumah saudara kita ni, bukan apa....bercerita lah jadi....bual~bual kosong syawal....

Rumah cousin my hubby....

At my bro house...... perasaan tak baju kami sama ngan dinding...hahaha sedondon ngan dinding... tp sebenarnya baju kami tu menceriakan suasana..... yang aku pegang tu kira cucu aku lah tu.....Kat rumah my bro, kami balik dari sana jam 9.30 malam....... tak nak beraya lagi terus saja balik.... hehehehe...

Dah letih....

Hah, setakat tu saja ye..... nanti lagi aku sambung.......

Senyum dan ceria selalu,

Monday, September 28, 2009

Berpuasa dan bershopping di KL..... [ seronoknya...]

Salam semua, Aku tahu sekarang masih Bulan Syawal...so sebelum aku cerita pasal raya nie.....aku nak cerita mengenai dgn perjalanan ku KL..... Oh ya, hubby, aku dan 3 org anakku pergi ke sana menggunakan penerbangan Air Asia... kami bertolak pada hari Isnin...sepatutnya penerbangan tersebut dijangka berangkat jam 8.55 minit malam tp oleh sebab-sebab teknikal [ alasan mereka ] penerbangan tersebut menjadi jam 10.15 malam.. Nasib baik aku membook menggunakan Express Boarding.... so lucky kami dapat duduk depan sekali iaitu 1B,C,D,E dan F........ Hah, inilah aksi anak2 ku semasa menunggu pesawat Air Asia..... Ini gambar Hanan bersama teman sekolahnya..... sempat lagi mereka bermain..dan kebetulan pula teacher mereka ada sama..tp sayang tak ambik gambar pula... Inilah gaya Hayani yg sedang kebosanan....Kami sampai kat LCCT, mungkin jam 12.30...dan seperti biasanya kalau pesawat dari Brunei, ya allah jauhnya.....terpaksa berjalan lagi mungkin mengambil masa 5 ke 10 minit.... Setelah selesai urusannya, keluar dan terus mencari teksi atau van tp sayang harganya mahal..... So we decided nak guna bas [ spt biasa ] tp kami harus menunggu jam 2.00 barulah bas tu bergerak...apalagi kami duduk sja...dan bas mula bergerak jam 2.15 subuh...nasib baik penumpang tak banyak..... tp kmi sampai kat hotel hampir jam 3.00 subuh.... Check in kat bilik, jam hampir pukul 4,00 subuh, tidur sekejap dan lps tu bangun jam 4.50 utk bersahur...... Ni gambar yg aku atau anak ku yang ambil......... selama beberapa hari di sana.....seronok lah..... Aku nampak rumah ni kat Mid Valley..... Yang ni pula kat Bukit Bintang /Sungei Wang
Kedai buku dekat ngan hotel.......[ satu kewajipan mesti beli buku] Sogo [ kawasan Masjid India ] Ni kes dah letih...hahaha... Menunggu waktu untuk berbuka...bezanya ngan Brunei...krn kat sini berbuka jam 7.14 malam.... masih kat Sogo..[ banyaknya orang ] makanan ntuk berbuka, hari ni aku pilih Yong Taufu [ sedap...sbb kuahnya pedas] Yani menunggu sambil membaca... Kat Airport... kami orang yang kedua menunggu check in nya buka.....Setelah selesai menguruskan beg, kami terus saja masuk...berehat kat dalam.... Hah, ni lah gaya Hanan dan Wanah.... P/s : Semoga terhibur...
p/p/s : Salam Aidil Fitri....

Senyum dan ceria selalu,


Tuesday, September 22, 2009

Birthday ku.......

Salam semua,

Tak sangka.....jam dah 12.00 tengah malam....nie bererti yang haribulan dah bertukar 22 September 2009.....Ini bermakna pada tarikh yang sama cuma tahun yang berlainan, aku telah lahir di dunia ini.......Wah, Alhamdullillah....Tuhan masih memberi aku peluang untuk merasakan nikmatnya....... Aku dah ada hubby yg baik, 5 orang anak, rumah dan pekerjaan yang memuaskan hati ku....."Terima Kasih Ya Tuhan".......

Aku buat nie untuk diri ku sendiri...... seperti yang ku katakan pada cousin or kawan ku.... Age is just a number..... yang penting Hati........... [ cewah, jiwang pula aku....hehehe]...






Hah...Hapy besday to me....... 100x...

Senyum dan ceria selalu,



Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya

Salam semua,

Dah beberapa hari aku tak buat apa2 n3 yang baru kat sini.....Ini kerana selama 5 hari aku off line... aku, hubby dan 3 orang anak ku pergi ke Kuala Lumpur..... Saja nak merasa berpuasa dan bershopping kat sana...... [ nanti saya masukkan gambar di lain n3 ].Balik hari Jumaat malam, hari Sabtu 19/9/09 melihat anak bulan... Sayang kat Brunei ni tak nampak pula lah anak bulan tersebut....Aku sungguh jeles apabila mendapat tahu beberapa buah negara jiran Beraya... So, itu bermakna hari Isnin 21/09/09 barulah kat sini Berhari Raya.... Hari Raya Pertama, hari ni baru lah aku ada masa untuk membuat n3 nie..... Kepada semua para pengunjung terutama kawan2 blogger yang kenal saya juga pembaca senyap...Saya dan keluarga mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, Mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap perkataan.......

Inilah kad ucapan dari kami :










Ini je gambar yang aku ambil pada hari raya pertama nie.....



Hah, aku berhenti dulu kat sini..... esok-esok lagi aku bercerita.....

Senyum dan ceria selalu,



Monday, September 14, 2009

Kad Raya......

Salam,

Aku dapat kad hari raya nie dari UmmuMishkah..... Hemm cantik...aku suka tenguk.... kreatifnya...aku nak buat....tp tak pandai le.... apa pa pun...Terima Kasih ye......



Terima Kasih sekali lagi ye......Sayang UmmuMishkah.....

Senyum dan Ceria selalu,


Sungkai ke 22 dan 23 Ramadan...

Salam semua,

Hari nie merupakan puasa yang 24... Alhamdullillah...... Hari ni aku nak cerita tentang masakan utk berbuka aku dan keluarga.... biasalah kalau tak apa lagi nak post kat sini kan ?

Puasa ke 22, aku tak masak banyak....Aku dan hubby mendapat jemputan dari pehak sekolah anak ku yang perempuan....Majlis sembahyang Maghrib dan sembahyang Hajat sempena peperiksaan PMB utk Form 3 dan O Level utk Form 5... anak ku dalam Form 5.... Hubby suruh aku masak ayam kari dan kelupis nya kami minta ibu hubby yang buat......[ sori, lupa pula nak ambil gambar ]..Untuk anak2 ku yang tinggal tu, mereka minta aku buat makanan kegemaran mereka "butter prawn".......

Kelmarin, dalam perancangan hendak makan di kedai....aku telah mencuba menelefon beberapa buah kedai...nampaknya semua penuh huhuhu..... Hemmm ini bermakna aku kena masak..... sebetulnya hari nie aku malas nak masak....tp kalau aku tak masak apa nak di makan untuk berbuka kan..... nasib baik awal-awal aku dah keluarkan ayam...... Oh ya, my menu :

Butter Milk Chicken : ayam di perap dulu.....goreng..... Utk membuat sosnya : butter + susu manis. Gaul...setelah itu buatlah daun kari + lada thailand......
Hasilnya :

Mee Goreng Putih : bahannya seperti biasa udang hidup


Udang disalut dengan kulit popia...didalamnya aku bagi mayonis dulu...baru digulung....Sambil2 tu terbayang dalam fikiran ku..bagaiman rasanya jika dicelup dengan telur dan seterusnya di beri bread crumb..... Hasilnya : yummy....berhasil

Sambal kerang dalam tin. Yg ini aku hanya tambah bawang besar + kicap manis + lada thailand juga.

Sayur nenas dr tin juga. Yang nie aku bagi ibu rempah + minyak.Tumiskan, buat nenas dengan airnya sekali....bagi lah perasa + lada hidup+ boleh bg lagi gula + kalau mahu tambah sedikit santan.....

Dan akhir sekali, aku buat daging burger untuk diri ku.....hehehe Setelah daging itu masak, aku beri mayonis + lada botol. Untuk rotinya, sengaja aku gunakan roti utk buat roti john....aku lapis roti tersebut dengan telur....setelah itu aku buatlah daging burger tadi.....Wala...
komen anakku : Kenapa lah mummy buat sedikit?.....
Oh untuk hari ni....ntah..belum terbayang apa yang nak di masak...mungkin kat luar kot.....

p/s : selamat berbuka, bersahur dan berbuka...

Senyum dan ceria selalu,